Tuesday 5 June 2012

berjaya

isnin ni....aku akan ke kl... kat sane aku nak tgk peluang perniagaan utk aku..kali ni aku siyes...
masa 3 tahun untuk aku dapat keje goment da tamat....
dunia pun boleh berubah inikan manusia....aku tak boleh tunggu lagi sbb aku rasa aku perlu betulkan persepsi aku utk berjaya....tanpa makan gaji dgn goment pon aku leh kaya dan berjaya...
semoga usaha aku diberkati allah...aku tahu apa yg berlaku ade hikmahnya...aku nak berjaya bukan sbb gile duit tp sbb aku dah letih dgr org hina aku....org keji aku...hanya sbb aku bekerja biase....
ya aku bisa ubah takdir aku hanya utk berjaya......kejayaan itu bkn utk aku tp untuk manusia dikeliling aku...
aku teringat kat sahabat lama yg bekerja di singtel......dia pernah bg tahu yg aku akan berjaya dan byk duit...tp duit itu semua bkn milik aku....

Saturday 2 June 2012

rindu rasulullah swt.




Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب

Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب

Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب

Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين

English Subtitle / Translation


If the beloved (saw) were among us

Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)

In this company the soul feels great

On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)

I am willing to sacrifice my life for you

Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)

Wednesday 30 May 2012

ya allah

Jangan terlalu banyak mengeluh, kelak nanti akan didatangi kemurungan & kesedihan, sebaliknya BANYAKKAN BERSYUKUR dan PUJIAN kepada Allah terhadap apa yang diperolehi & yang diharungi, kelak nanti akan datang kecukupan dan kebahagian. Alhamdulillah..
 

solat dhuha

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Doa Solat Sunat Dhuha:

Tuesday 29 May 2012

sederhana

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.

Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT

Monday 28 May 2012

perasaan

Allah mengurniakan pelbagai perasaan kepada manusia..
tugas kita hanyalah mengawal perasaan yg hadir itu..
Dan malangnya ramai antara kita yg tak mampu 
mengawalnya..Sy cemburu tk bertempat dan sedih tk 
bersebab..Wahai diri, beringatlah sentiasa. Allah tahu yg terbaik utk diriku. :')
 

tentang rase

berputus ase......
pergi jauh2 perasaan tu....
takmo rase cam tu..selagi ade kudrat mesti lawan...
walau hingga hujung nyawa..
nape mesti nak mengaku kalah??
kan hidup ni ade 20 30 tahun lg...
sayang kalu sia2kan  

ade kalanya aku mmg tertekan
aku benci dan rase nak mati
tapi tak boleh
aku insan berugama..
mesti buat pakai akal
takmo ikut hati n setan


selalu aku kene maki
kene hina
kene sindir
telinga rase sakit
hati jagan cerita
ya lidah bisa membuatkan semagat pudar
tapi disebalik itu ada zat yang manis untuk insan bersabar

yang semalam biarkan berlalu
yang datang ini kene hadap
kuat2 semangat.....

jalan jahat banyak
tapi aku nak pilih yang baik
yang ade cahaya
yang baut allah sayang..
.itu lebih bermakna dari hidup sengsara
allah
kau maha pendengar
aku redha dgn ujian mu.amin







buat dose jer.

sgt membenci sesuatu berunsur 
hasutan politik......kalu btol pon ko pas ke 
umno ke or keadilan..ko tak payah nak semakkan fb n kasi org komen yang melebeh2....ko tu macam bagus 
sgt....cukup amal ibadat sampai nak tunjuk
 ko punyer besar kepala kat fb..mmg la tu fb milik ko sbb akaun ko..tp yang membaca ni ade hak meluat n 
 mengkritik.aku dah delete dia even dia tu 
kwn lame mase sekolah...puas hati 
dah remove dia...


p/s please dint acting like a cow

Friday 25 May 2012

wIfE

 
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

cikepop

alhamdulillah...syukur pada allah....bisness mak makin ok...aku rasa gembira n bahagia cz mak dah nampak jalan tebaik untuk masedepan harituanya...

aku usaha sepenuh hati nak naikkan bisness mak...adik2 n familiy aku dah aku train macam mae nak untung kow2...moge mak n family akan success...aku?aku ade jl hidup sendiri...walaupun masih tak pasti tapi aku percaya dengan rezeki allah..
aku akan sentiase berdoa agar  kejayaan dunia dan akhirat kekal milik aku... macam lembu kat atas ni..senyum jerk hahahahaha.

wHy



nape dah seminggu dia masih tak kol aku? aku ade buat salah ke kat dia? kenapa dia macam jauhkan diri?
aku ...de niat jahat pun kat dia...dia hanya ex bf aje....dan dia tu bos. aku hanye nak keje kat company milik dia....bkn utuk pikat dia....kenapa ye? aku tak paham dgn dugaan hidup aku ni....kadang2 benda tak logik berlaku....kenapa why?why??? 

ade jugak aku kol dia...dia ckp nak kol balik utuk decide position aku..tapi pastu diam...nape? dia sengaja bg aku harapan ke?wehhhh aku just nak kutip pengalaman je la...bukan kutip duit ko or nak pikat ko..

arggghh sakit jiwa aku.... ya allah ya rahman ya rahim...

Monday 21 May 2012



pendengar yang baik adelah sahabat sejati.....menerima tiap kata dan segala isishati kita tanpa ada sikap prejuis.
setakat MokcHik hidup ni...Asrol adalah teman bicara MokcHik...bercakap dengan dia..MokcHik rase cukup tenang walaupon kami jauh.
so kesimpulannye pasaNgaN kita adalah teman terbaik buat diri kita. Adalakala persoalan yang kita beri dia akan ajukan pada orang lain..secara tak langsung orang akan mula syak yang masalah itu dihadapi oleh  KITA...tapi kita tak boleh marah kat dia sebab dia cube nak cari idea untuk solve problem kita.

MokchIk cukup payah nak percaya pada orang......sanaNgt2 susah....bagi mokchik manusia ada kepentinagan mereka untuk gunakan diri kita.....Ye mmg pon....
masing2 ade pendapat tersendiri...bercerita ttg kawan...mase zaman u mokchik ade seorang kawan class merangkap kawan sebilik....name dia Sue...dia ni kurus tinggi dan putih cam china..mesti dapat bayangkan kan?kami bertemu di lif waktu Mokchik Tgh usya2 nnak cari bilik untuk disewa.. Mokchik tanye sue klu2 dia tahu ade bilik kososng or tak......trus dia jawab bilik dia ade kosong...umpama menyorong bantal pada oarang yang mengantuk Mokchik Trus setuju ...sejak dari itu kami berkawan...graduate sesame....klu nak cerita pasal gambo konvo mmg kami berdua je la yang ada kat dlm pic tu..kawan yg lain x tahu g mane mase hari kejadia..hihihi...dan sekarang dah nak kawin da si sue......

allah

 allah.....ari ni aku berpuasa tanggal 1 rejab....aku telah menanti hari ini setelah faham apa ertinya...ya allah aku hanya ada kamu dlm dunnia ini disaat susah, senang duka dan gembira... 
ya allah jika aku mati...biarlah dalam keadaan insan yang beriman dan sempurna tubuh badanku...


telah banyak dugaan yang aku telan sendiri....
kalu cerita kat orang pun ..sampai satu saat mesti dia sisihkan diri sbb bosan dan jugde kita yang bukan2...

kerana mu aku sentiasa berdiri..kerana aku tahu kau ada...aku insan yang kau pilih untuk dugaan ini......

Ya allah andai takdirku hina..kau muliakan lah...kerana kau sahaja yang mampu menukar segala yang hitam kepada putih...kun..maka jadilahh

alahai kecilnya dunia..



aku terpaku diam lantas aku mengalihkan pandangan mata...lelaki yg pernah dtg menagih cinta 10 tahun dulu kini didepan mata... allah maha berkuasa tiap apa2 yang dikehendaki...walau memori itu tebal dlm ingatan namun aku tahu..kau bukan jodh dan pilihan hati ku.....inilah dugaan 3 bulan sebelum berkahwin....allah... jauhkan aku darinya.... adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

hakikatnya aku perempuan itu

diam-- dia lemah.
lantang--nampak salah.
mesra--dia sundal.
pasif--suami gatal.
kawin--"bila beranak?".
tak kahwin--pasti digelak.
berzuriat--xcukup sempurna.
tak berisi--lagi dikata.
berhijab--tak cukup labuh.
tak tutup--lagilah heboh.
setia--dimadu lelaki.
curang--dicanang keji.
terlalu cinta--dimain2kan.
terlalu berjaga--dimarah2kan.
sering nangis--rimas selalu.
mata kering--dipanggil batu.
orang mendosa--yang salah perempuan.
bila pahala--lelaki diagungkan.
buat betul--pelbagai dipersoal.
buat silap--sekampung berbual.
aduhai--betapa kasihan;
betapa kasih.

*pause*

kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma hendak keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah.beri nasihat itu ini pada wanita--
tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.

apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--seorang perempuan perlu bertanya.

"abang hendak saya jadi apa?"

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mestilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.

kita yang pilih kita siapa.

*pause*

wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

*pause*

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.**********************************

Sunday 20 May 2012

nikahnya aku untukmu


menghitung hari untuk bernikah......

dah lame aku tunggu saat ni...ijab kabul...aku dah sedia nak berumahtangga...nak ade life sendiri..

pada tarikh 1/9 ni aku lah insan paling gembira...4 tahun bertunang bukan satu tempoh mase yang singkat...kami bergaduh setiap hari...dah putus tunag bagai...namun allah dah tetapkan jodoh kami..aku sentiasa akan redha dengan tiap ape yang allah beri...aku sentiasa akan bersabar dan akan ubah segala sikap n sifat buruk aku.

 

lagi 2 bulan lebih nak kawin..dugaan sgt mencabar..........sgt2..aku hampir terkandas dan putus asa....ya allah ya rahman ya rahim aku minta pertolongan mu atas setiap ujian yg kau beri...banntulah aku disetiap perjalanan..titipkan rasa kasih dan cinta pada keluarga.jangan kau uji aku luar dari batasan kemampuanku.amin...semoga berkekalan imanku dlam hayatku


.

Monday 9 April 2012

mimpi

sedih nyer lagu ni...merayu2...mcm tu lah hati n perasaan aku.....
moga tercapai impian aku...amin..

Lirik Lagu Biar Sampai Ke Bintang – Asmidar

Biar mimpi mimpi kita

Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah

Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir

Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Lagu: Biar Sampai Ke Bintang

Artist : Asmidar
Komposer : Ajai
Lyrics : Transformers Malaya

Thursday 5 April 2012

letih

kembalinya si cinta hati......
dia langsung x kol....
langsung x menegur
dan senyap seribu bahasa...
perginya si cinta hati
perkara yang sama berulang kembali
hanya allah yg tahu
sakitnya hati ini
aku ingin lari sejauh2
supaya tidak nampak langsung bayangnya
dia berubah kerana sikap aku
aku mmg pemarah...
siapa2 pon akan marah
namun.....marahku agar kau faham..agar kau akan belajar..
aku letih untuk 4 tahun ini
aku letih nak ulang n marah perkara yang sama
aku benci hidup macam ni
kenapa jalan ini  yang aku pilih.......
mana hidup ku yang bahagia..
mana?????
kenapa kau tak mampu buat aku senyum...
kenapa kau tak mampu bahagiakan aku
sedangkan aku begitu sayangkan kau...
allah....aku menagis dengan ujian ini..
rasa bagai nak gila
rasa bagai nak mati....

dan pada kau...
jika kau gembira dan bahagia dengan jalan ini
aku terima...dan sedia memulangkan kembali apa yang pernah kau beri
hidup aku bukan untuk kau sakiti.

Tuesday 3 April 2012

kata2 indah

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

Monday 2 April 2012

lahanat

adekalanya hidup  ni umpama mimpi..bagi insan kecil seperti aku ia amat memeritkan......

setahun yg lalu...ayah menolong seorang lelaki china tua untuk mendapatkan tapak perniagaan.....tapi rupanya china tua itu memiliki hati khafir lahanat.....

pagi semalam hujan lebat sgt...perniagaan di pasar borong telah terjejas...lantas aku berfikir panjang bagaimana untuk aku mendapatkan wang untuk cover semua barang yang terjejas. tepat kol 4 ptg aku dan adik alip terus meredaah pasar malam.Tapak yang setahun dulu ditinggalkan masih kosong.......setahun yg lalu tapak itu menjadi rebutan antara aku dan china lahanat itu.aku malas nak bergaduh lantas ambil keputusan untuk tinggalkan saje tapak tersebut dan selama setahun kami tidak pernah langsung datang beniaga disitu.

kira2 jam 6 pm.china itu datang bersama 2 anggota polis.dakwaannya mengatakan aku mencuri besi tempat letak barang miliknya.surat report itu telah setahun berlalu.aku tahu apa sebenarnya niat china tersebut.dia sakit hati dan tidak mahu kami berniaga disitu. bagaikan halilintar menyambar setiap sudut fikiran aku. tanpa memperdulikan sesiap pun aku memaki hamun polis dan china lahanat itu. Malu?aku mmg malu sgt. tapi kami punyai harga diri.aku dtg nak cari rezeki bukan k bergaduh.


pe yang terjadi????
...tanpa pengetahuan mak dan ayah.aku dipanggil ke balai polis ipd melaka tengah. diunit siasat jenayah aku diambil keterangan.aku mmg takut. namun aku sorok dalam2 wajah takut dan aku palitkan rase bengang agar aku tidak keterlaluan rase takut.
perlahan2 aku menarik nafas panjang...kini aku telah ada rekod tuduhan jenayah. walaupun tidak meNgaku salah tapi rekod tetap rekod. 


azlina...saya ingin bertanya adakah kamu meNgaku salah deNgan tuduhan itu.tanya polis berpangkat pegawai itu.
tidak tuan.
apa buktinya??
saya berniaga dan banyak duit...kenapa mesti saya mencuri alat yang tak sampai seratus harganya tuan?
lantas aku keluarkan kesemua duit, handphone dan kunci kereta. Tuan....saya bukan nak cakap besar..tapi saya boleh  belikan china tu bukan satu tapi sepuluh besi kalu btol besi dia hilang.ini dia menuduh saya mencuri..saya akan ambil tindakan undang2 terhadap dia.
Tapi ada saksi nampak yang kamu ambil besi itu.kata polis iti dengan mata tepat kearah aku.
Siapa? Jam berapa? Dimana? lantas aku memulangkan kata2 polis itu.
aku rasakan yang aku menggigil menahan marah.mmg aku takkan lepaskan china tua lahanat yang buat hidup aku susah.
Azlina..kalu betol awak ambil sila pulangka kembali agar kes ini tutup.
Tuan....saya muda.ada tenaga untuk bekerja.kenapa saya perlu buat kerja bodoh itu???
tuan melayu dan saya juga seorang melayu.ini dalah konpirasi utuk menjatuhkan biness saya.
aku meninggalkan balai polis dengan pelbagai perasaan.
aku belajar sesuatu.......aku takkan tolong manusia2 khafir walau darurat menimpa....aku janji.....takkan tolong.

kes masih dalam siasatan dan pihak kami akan menghubungi awak untuk tindakan lanjut.awak boleh balik.

tergiang2 ungkapan terakhir polis itu......lantas...aku membehentikan kereta ditepi jalan.fikiran aku kosong..... ..aku menangis....kenapa semua  terjadi pada kami? ape dosa kami. aku amat2 sedih. cahaya bahagia yang aku harap belum menunjukkan arahnya.aku pasrah dengan takdir allah.
Ya Allah semoga kau sentiasa ada untuk aku.walau berat..hamba terima ujianmu ini..namun jangan kau duga aku diluar batas norma aku sebagai manusia.
bila keduakan terjadi....pasti aku seorang diri.....dimana tempat nak aku mengadu nasib..aku benar2 takut denga ujian ini.

kadang kala aku terbiasa sepi dan sunyi. prinsip aku tidak sesekali mengadu pada mak n ayah. namun hati perlu ketenangan...dimana agaknya cahaya itu??

Monday 26 March 2012

Keje Vs Kerjaye


MokcHik beKerja Dgn Family skrg ni...before this Mokchik Adelah Seorang Pensyarah....mungkin takde rezeki kata saNe..MokChik Keje Sebagai Paniage skrg ni....DEGar Memanng mcm cikai...tapi Gaji Mokchik 2k Okey?? HAHAHAHA...sIKit Je.......tak banyak mcm kamo yang lain kat luar saner...


Yang bestnyer Mokcik leh Main Game angrY biRd hihihi......hari khamis ni ade interview kat Company besor...Honda Malaysia....MokchiK decide nak g la......Mokchik nak try kerjaya tu pulok......


tapi cam mano Mak mokchik kat kMPOng??? Klu difikirkan Mmg sarat Otak ni....BerseRah je LAhhh.... 
Sebut Pasal Keje Da byk company Mokchik da masuk......yang peliKnyerrrrr MokcHik tolak keje gOmen N siap ckp kat interviewer Yang Gaji gOMen kecik....Skrg Mokchik Rase Meyesal la juGak.....

PaDa pendapat mokchik....keje mane2 pon same lah..yang penting u know how to manage ur money and life.  Kerjaya yang mokchik Idamkan adelah nak jadi ahli akedemik.. Mokchik nak sambung balik study mokchik yang tinggal separuh jalan tu....Mokchik nak buah fikiran mokchik dikogsi dan dikupas oleh pihak ke 2 dan generasi akan datang......Tapi zaman sekolah leh la cakap cam gitu...skrg adelah realiti..even dapat jadi ahli akedemik sebagai pensyarah dah kire ok....nak lepas rindu untuk mengajar mOkchik jadi penceramah Jemputan Kat Plkn.
Sebenor Meniage mmg seronok...Dalam sehari Mokchi LEh dapat sekali Gande Gaji Kamo kamo kat luar sane tu...

Penah Mokchik tegh Sibuk2 niage mokchik ternampak kawaN mokchik....Yang sedihnyer dia wat2 taAK kenal Mokchik....mentang2 Mokchik selekeh time tu....G la mam...aku hade kesah????
Mokchik Tak kesah la klu sesape bersifat begitu...sbb mmg dalam hidup ni dah tersirat kewujudan manusia spesis begitu...hihi...i loike my stament..daa...

Sunday 25 March 2012

BilE MucOk Nak Balik

rIndU pade busuk.....Bile nak balik Ni....adehhhhhhhhh

rasenyer dah lame bucuk X call....ermmm mane la g orang tua nie....
papepon harap mucok sihat..n bertambah tembam....x sabar nk tuggu mucok balik untuk buli die.....pe kate sambil tunngu mucok balik kite main game angry bird dulu???? hahahahahaha....
Erm dugaan org bertunag selame 4 tahun ni mmg cam gini....cian mucok and Mokchik...

mInah BuNge

       letihnyerrrrrr hari ini...pas balik kebun tErus taNaM bungeEEEE...argggghhhhhh bunge dah baNyak..pasu plak tak cukup....rase nak g beli malam ni gak.....nasib kedai pasu da ttp.MokCHik mmg suke dgn bunge.Ari ni MokChik tambah lagi 2 koleksi but tak sempat upload pic.

sangat2 letih....mate dah kuyu sgt2 tapi nak jugak menulis..sbb degan menulis hidup akan tidak sunyi..MokcHIk pon tak la asik pk yang bukan2.

Mokchik  mmg suke tanam bunge....pada MokChik ia bukan sekadar hobi tapi satu inspirasi untuk  mencari ketenagna hidup.....hobi ni bermula sejak asrol-My bucuk tu keje jauh yang sampai takde line untUk call Mokchik..isk isk


mokCHik saNgat sayang pokok2 ni.....setaip petaNg mokcHik dok membelek..klu tak sempat petang..malam pon mokcHik layan gak...dalam seminggu..mokChik PERABIS DUIT ...semate2 nak beli pokok baru.....

hah...cube tgk sumer bunge yang MokchiK tanam...SAnGAT cantikkan? hihi...mmg payah nak jage klu tak betol2 sbb pokok kene letak baje and tanah yg sesuai

hah...ade gak yang suke datang makan bunge and daun pokok..buas tol menatang ni..MokcHik Da siap bunuh dah...jangan risau..awal2 da arwah da ulat ni....
Bunge yang paling susah nak jage adelah ros....eeee tension tol...da banyak mati..tapi ade yang leh tahan sampai 3 tahun..alhamdulillah...mokChik sanyang sgt dengan ros ni sbbb
          wangi sanagt2......hihi........yang paling seksa adelah nak tunngu pokok berbunge..nak pujuk dengan baje....dulu baru dapat bunger...kekdang ade pokok yag mereket....care nak rawat dia mudah jer..biau MokcHik Ajaukan Tapi in the next coming ups kk...daaa



Saturday 24 March 2012

sayer

 



segalanya bermula di sksb.disana saya sering dibuli dan diherdik.hanya kerana saya dari keluarga susah.saya mula belajar berdikari dan cuba terima segala kenyataan hidup yang perit ini.setiap kali saya  diketawakan...saya sering menangis didalam hati...dan mula mencabar diri..untuk buktikan saya lebih kuat dan berani..


setelah 6 tahun..saya mula belajar di smj.disana penderitaan sy mula bertambah..sekalipon saya cuba bertahan namun saya tak sekuat dan setabah mana...
bukan saja dibuli malah saya turut pernah dipukul disekolah..saya tertanya2 kenapa saya dipukul dan dihina  sedangkan saya tak pernah menyakiti hati kawan2 yang lain...ya...sy  juga hampir diraba didalam kelas oleh seorang budak lelaki..kenapa begitu sekali sy diperlakukan???
setelah 3 tahun saya bertukar kesekolah smtmt.disana kisah hidup asrama pon bermula..satu pagi semasa perhimpunan pertama...saya dilempar batu kecil dikepala..setelah menoleh..saya lihat ada seorang budak lelaki sedang mempamerkan tag namanya...azuar rosyam..namun senyumannya saya lempar dengan isyarat tumbuk..
sekali lagi batu dibaling kearah saya...kali ini saya terus menjeling dan menunjuk isyarat tampar kearahnya..
namun tak sangka..rupanya kami satu kelas..dan amat menyedihkan..rupe2nya dia berdendam dengan tindakkkan saya semase perhimpunan..sejak itu..saya sering dihendik olehnye..saya tahu..kawan2 sy dikelas hanye boleh matikan diri bila sy dibuli kerana sikap zuar yang panas baran...
berbanding di dorm..saya pernah dituduh mencuri duit kawan..almari sy berselerak sbb dikumbah oleh pengawas..
dan pernah sy terjaga dimalam hari kerana terdengar kwn2 mengumpat pasal saya..saya sedih! sbb tiada kwn pon setia bersama memberi sokongan moral..sy sering menjadi mangsa keadaan...
banyak kali sya lari dari asrama..sbb tak tahan menanggung derita..namun sy anak yang baik  kerana segalanya saya tak pernah beritahu mak..sebab pesan mak...saya adalah juara impian dimatanya...
selama 2 tahun..sy umpama hidup dgn dunia sendiri..kwn2 umpama mengasingkan diri..paling2 menghancurkan hati sy..tiada kata maaf dari mereka...
setelah itu sy tamat sekolah..sy berpeluang ke ipta di sabah...namun..kesempitan keluarga buat sy mengalah..dan lebih sedih bila sy tolak kursus microelektronik...satu2nya minat sy kat dunia mase tu...
ayah pakse sy masuk form6 smk.datuk bendahara..kat sana hidup sy berubah bila ade kawan2 yang baik..dan mereka mengutamakan sy..kehadiran sy seolah2 dihargai disane..
abes jer,,sy sambung blajar..kat s.alam..
disana sy tekad akan lupakn sumer kisah sedih dan ingin mencari identiti baru...saya tak mahu menangis lagi...saya mahu lucutkan wajah hodoh sy semase disekolah.
kawan...tahukan kalian betapa seksanya saya??? tahukah kalian...saya tidak dapat merasai kegembiraan disekolah seperti mana kamu rasai??
tanpa impian dan cita2 untuk menggenggam ijazah...saya telah milikinya..dari kelas corot dan budak selekeh dan tak penah bermimpi untuk sejauh ini.
saya telah mengalami pengembaraan yang dasyat dlm hidup...namun disebalik kesediahan yang sy alami..sy masih ada mak n ayah yang sgt2 syg kat sy..sy ada adik2 yang ubati kelukaan hati sy..sy ada tunang yang hadir temani hidup ini..terima kasih allah sbb saya masih temui kebahagiaan dlm hayat ini..
untuk semua...saya faham..anda tidak berniat melukankan hati saya..anda tidak tahu akibat yang sy tempoh untuk sekian lama..
cuma percayalah..hanya allah saja yang berhak menghukum..
 isk..iskk

kata2 indah dariku untuk mu

Apa yg lebih baik dari menangis kalau bukan menulis..Apa yg lebih baik dari menulis kalau bukan berdoa..Setiap kataku adalah doa.. setiap katamu adalah doa.. Terima kasih..

1st loVe


note ni aku copy paste kat note arwah kekasih aku...irwan telah pergi menghadap ilahi pasa harijadiya 24 januari 2012....malangnye aku tahu selepas sebulan pemergianye..kejamnye aku... alfatihah untuk beliau...cinta tidak harus memiliki wann...silakan membaca..

 1st love.....

org selalu kata cinte pertame tue selalunye cinte monyet....betol ker???
kdg2 pk rasenyer cinte pertame tu yg plg jujur sekali....
sebab slalunyer org jth cinte mase kecik2....
mase tue kite ckp tu cinte sebab kite suke kt dia...
kite suke gaye dia.....
kite suke nk kacau2 dia sakat dia....
kite suke bler tgk muke dia geram sbb kene sakat...
kite suke dgr suare dia....
kite suke biler tgk dia gelak....
kite suke semua tentang dia
tapi....
biler dah meningkat dewasa nie kadang2 kite melihat lebih jauhhh
kite tgk keje dia...
kite tgk duit dia....
kite tgk kete dia....
kite tgk badan dia....
kite tgk family dia...
kadang2 sume faktor2 tu yg buat kite jth cinta katenyer...
tapi adakah itu yg digelar cinte sejati kalau sume faktor2 tue diambil kire???
sebab tue kadang2 terpikir bile org kate cinte kecik2 mase skola dulu cinte monyet main2 jer cam xbetol...
tapi pape pon tu pendapat masing2...
cume kadang2 cinte pertame tue cinta monyet tu cinte yg jujur n suci...
tapi menyintai x semestinya memiliki kan...