Wednesday 30 May 2012

ya allah

Jangan terlalu banyak mengeluh, kelak nanti akan didatangi kemurungan & kesedihan, sebaliknya BANYAKKAN BERSYUKUR dan PUJIAN kepada Allah terhadap apa yang diperolehi & yang diharungi, kelak nanti akan datang kecukupan dan kebahagian. Alhamdulillah..
 

solat dhuha

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Doa Solat Sunat Dhuha:

Tuesday 29 May 2012

sederhana

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.

Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT

Monday 28 May 2012

perasaan

Allah mengurniakan pelbagai perasaan kepada manusia..
tugas kita hanyalah mengawal perasaan yg hadir itu..
Dan malangnya ramai antara kita yg tak mampu 
mengawalnya..Sy cemburu tk bertempat dan sedih tk 
bersebab..Wahai diri, beringatlah sentiasa. Allah tahu yg terbaik utk diriku. :')
 

tentang rase

berputus ase......
pergi jauh2 perasaan tu....
takmo rase cam tu..selagi ade kudrat mesti lawan...
walau hingga hujung nyawa..
nape mesti nak mengaku kalah??
kan hidup ni ade 20 30 tahun lg...
sayang kalu sia2kan  

ade kalanya aku mmg tertekan
aku benci dan rase nak mati
tapi tak boleh
aku insan berugama..
mesti buat pakai akal
takmo ikut hati n setan


selalu aku kene maki
kene hina
kene sindir
telinga rase sakit
hati jagan cerita
ya lidah bisa membuatkan semagat pudar
tapi disebalik itu ada zat yang manis untuk insan bersabar

yang semalam biarkan berlalu
yang datang ini kene hadap
kuat2 semangat.....

jalan jahat banyak
tapi aku nak pilih yang baik
yang ade cahaya
yang baut allah sayang..
.itu lebih bermakna dari hidup sengsara
allah
kau maha pendengar
aku redha dgn ujian mu.amin







buat dose jer.

sgt membenci sesuatu berunsur 
hasutan politik......kalu btol pon ko pas ke 
umno ke or keadilan..ko tak payah nak semakkan fb n kasi org komen yang melebeh2....ko tu macam bagus 
sgt....cukup amal ibadat sampai nak tunjuk
 ko punyer besar kepala kat fb..mmg la tu fb milik ko sbb akaun ko..tp yang membaca ni ade hak meluat n 
 mengkritik.aku dah delete dia even dia tu 
kwn lame mase sekolah...puas hati 
dah remove dia...


p/s please dint acting like a cow

Friday 25 May 2012

wIfE

 
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

cikepop

alhamdulillah...syukur pada allah....bisness mak makin ok...aku rasa gembira n bahagia cz mak dah nampak jalan tebaik untuk masedepan harituanya...

aku usaha sepenuh hati nak naikkan bisness mak...adik2 n familiy aku dah aku train macam mae nak untung kow2...moge mak n family akan success...aku?aku ade jl hidup sendiri...walaupun masih tak pasti tapi aku percaya dengan rezeki allah..
aku akan sentiase berdoa agar  kejayaan dunia dan akhirat kekal milik aku... macam lembu kat atas ni..senyum jerk hahahahaha.

wHy



nape dah seminggu dia masih tak kol aku? aku ade buat salah ke kat dia? kenapa dia macam jauhkan diri?
aku ...de niat jahat pun kat dia...dia hanya ex bf aje....dan dia tu bos. aku hanye nak keje kat company milik dia....bkn utuk pikat dia....kenapa ye? aku tak paham dgn dugaan hidup aku ni....kadang2 benda tak logik berlaku....kenapa why?why??? 

ade jugak aku kol dia...dia ckp nak kol balik utuk decide position aku..tapi pastu diam...nape? dia sengaja bg aku harapan ke?wehhhh aku just nak kutip pengalaman je la...bukan kutip duit ko or nak pikat ko..

arggghh sakit jiwa aku.... ya allah ya rahman ya rahim...

Monday 21 May 2012



pendengar yang baik adelah sahabat sejati.....menerima tiap kata dan segala isishati kita tanpa ada sikap prejuis.
setakat MokcHik hidup ni...Asrol adalah teman bicara MokcHik...bercakap dengan dia..MokcHik rase cukup tenang walaupon kami jauh.
so kesimpulannye pasaNgaN kita adalah teman terbaik buat diri kita. Adalakala persoalan yang kita beri dia akan ajukan pada orang lain..secara tak langsung orang akan mula syak yang masalah itu dihadapi oleh  KITA...tapi kita tak boleh marah kat dia sebab dia cube nak cari idea untuk solve problem kita.

MokchIk cukup payah nak percaya pada orang......sanaNgt2 susah....bagi mokchik manusia ada kepentinagan mereka untuk gunakan diri kita.....Ye mmg pon....
masing2 ade pendapat tersendiri...bercerita ttg kawan...mase zaman u mokchik ade seorang kawan class merangkap kawan sebilik....name dia Sue...dia ni kurus tinggi dan putih cam china..mesti dapat bayangkan kan?kami bertemu di lif waktu Mokchik Tgh usya2 nnak cari bilik untuk disewa.. Mokchik tanye sue klu2 dia tahu ade bilik kososng or tak......trus dia jawab bilik dia ade kosong...umpama menyorong bantal pada oarang yang mengantuk Mokchik Trus setuju ...sejak dari itu kami berkawan...graduate sesame....klu nak cerita pasal gambo konvo mmg kami berdua je la yang ada kat dlm pic tu..kawan yg lain x tahu g mane mase hari kejadia..hihihi...dan sekarang dah nak kawin da si sue......

allah

 allah.....ari ni aku berpuasa tanggal 1 rejab....aku telah menanti hari ini setelah faham apa ertinya...ya allah aku hanya ada kamu dlm dunnia ini disaat susah, senang duka dan gembira... 
ya allah jika aku mati...biarlah dalam keadaan insan yang beriman dan sempurna tubuh badanku...


telah banyak dugaan yang aku telan sendiri....
kalu cerita kat orang pun ..sampai satu saat mesti dia sisihkan diri sbb bosan dan jugde kita yang bukan2...

kerana mu aku sentiasa berdiri..kerana aku tahu kau ada...aku insan yang kau pilih untuk dugaan ini......

Ya allah andai takdirku hina..kau muliakan lah...kerana kau sahaja yang mampu menukar segala yang hitam kepada putih...kun..maka jadilahh

alahai kecilnya dunia..



aku terpaku diam lantas aku mengalihkan pandangan mata...lelaki yg pernah dtg menagih cinta 10 tahun dulu kini didepan mata... allah maha berkuasa tiap apa2 yang dikehendaki...walau memori itu tebal dlm ingatan namun aku tahu..kau bukan jodh dan pilihan hati ku.....inilah dugaan 3 bulan sebelum berkahwin....allah... jauhkan aku darinya.... adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

hakikatnya aku perempuan itu

diam-- dia lemah.
lantang--nampak salah.
mesra--dia sundal.
pasif--suami gatal.
kawin--"bila beranak?".
tak kahwin--pasti digelak.
berzuriat--xcukup sempurna.
tak berisi--lagi dikata.
berhijab--tak cukup labuh.
tak tutup--lagilah heboh.
setia--dimadu lelaki.
curang--dicanang keji.
terlalu cinta--dimain2kan.
terlalu berjaga--dimarah2kan.
sering nangis--rimas selalu.
mata kering--dipanggil batu.
orang mendosa--yang salah perempuan.
bila pahala--lelaki diagungkan.
buat betul--pelbagai dipersoal.
buat silap--sekampung berbual.
aduhai--betapa kasihan;
betapa kasih.

*pause*

kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma hendak keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah.beri nasihat itu ini pada wanita--
tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.

apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--seorang perempuan perlu bertanya.

"abang hendak saya jadi apa?"

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mestilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.

kita yang pilih kita siapa.

*pause*

wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

*pause*

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.**********************************

Sunday 20 May 2012

nikahnya aku untukmu


menghitung hari untuk bernikah......

dah lame aku tunggu saat ni...ijab kabul...aku dah sedia nak berumahtangga...nak ade life sendiri..

pada tarikh 1/9 ni aku lah insan paling gembira...4 tahun bertunang bukan satu tempoh mase yang singkat...kami bergaduh setiap hari...dah putus tunag bagai...namun allah dah tetapkan jodoh kami..aku sentiasa akan redha dengan tiap ape yang allah beri...aku sentiasa akan bersabar dan akan ubah segala sikap n sifat buruk aku.

 

lagi 2 bulan lebih nak kawin..dugaan sgt mencabar..........sgt2..aku hampir terkandas dan putus asa....ya allah ya rahman ya rahim aku minta pertolongan mu atas setiap ujian yg kau beri...banntulah aku disetiap perjalanan..titipkan rasa kasih dan cinta pada keluarga.jangan kau uji aku luar dari batasan kemampuanku.amin...semoga berkekalan imanku dlam hayatku


.